Sunday, 15 June 2014

TAJUK: BAYANG-BAYANG

Hari ini murid-murid 2 Emerald bersemangat nak tunjukkan persembahan wayang kulit mereka sendiri. Ct perhatikan ada ibu bapa yang sangat prihatin membantu anak mereka menyiapkan kotak hitam dan watak-watak yang yang anak mereka gunakan untuk persembahan.... tak kurang juga yang tersengih-sengih macam kerang busuk kerana terlupa membawa barang yang telah dipesan oleh Ct sebelum cuti sekolah yang lalu.

Bagaimana bayang-bayang terhasil?


Bayang-bayang terhasil apabila cahaya tidak boleh menembusi objek legap. Cahaya yang terhalang tadi menghasilkan bayang-bayang. Bentuk bayang-bayang yang terhasil bergantung kepada:
a) bentuk objek
b) arah atau kedudukan cahaya

Ha.. kalau macam ni, boleh ke?

 


Gelapnya.....

Pertandingan blog dan kurasi pendidikan 2014....

hmm...(mengeluh nampak) Sebenarnya ct tak minat sangat nak tulis blog ni..tapi atas kapasiti guru ict (celup jer tau) ct cuba untuk membina blog ni... bila kita suruh murid buat, tapi kita sendiri tak buat kan ke tak patut???