Hari ini murid-murid 2 Emerald bersemangat nak tunjukkan persembahan wayang kulit mereka sendiri. Ct perhatikan ada ibu bapa yang sangat prihatin membantu anak mereka menyiapkan kotak hitam dan watak-watak yang yang anak mereka gunakan untuk persembahan.... tak kurang juga yang tersengih-sengih macam kerang busuk kerana terlupa membawa barang yang telah dipesan oleh Ct sebelum cuti sekolah yang lalu.
Bagaimana bayang-bayang terhasil?

Bayang-bayang terhasil apabila cahaya tidak boleh menembusi objek legap. Cahaya yang terhalang tadi menghasilkan bayang-bayang. Bentuk bayang-bayang yang terhasil bergantung kepada:
a) bentuk objek
b) arah atau kedudukan cahaya
Ha.. kalau macam ni, boleh ke?
Gelapnya.....